blog

2021 Proses Pemeriksaan Kecacatan Rumah Baru

Rumah Baru: Proses Pemeriksaan Ikutlah 4 Free Useful Tips

Memiliki hartanah atau membuat pembelian rumah adalah proses yang sangat panjang dan mahal. Ia memerlukan pengetahuan yang luas. Terutamanya tentang apa yang harus dilakukan setelah memperoleh rumah baru anda.

Setelah menerima kunci hartanah anda daripada pemaju, proses pemeriksaan kecacatan rumah baru adalah sangat penting dan perlu dilakukan segera. Kebanyakan pemilik rumah kurang kesedaran, hanya segelintir individu yang tahu bahawa kecacatan perlu diperbetulkan oleh pemaju sendiri apabila pemilik memfailkan ‘Borang Pembetulan Kecacatan’ (Defect Correction Form).

Rumah baru

Berdasarkan kepada Perjanjian Jual Beli yang ditandatangani, sekiranya terdapat sebarang kerosakan atau kecacatan pada hartanah tersebut, pembeli perlu merujuk kepada pemaju terlibat. Ini adalah tertakluk kepada tempoh tanggungan kecacatan (Defect Liability Period, DLP) yang dinyatakan di dalam perjanjian jualbeli. 

DLP merupakan tempoh jaminan dimana pemaju bertanggungjawab memperbaiki sebarang kecacatan yang disebabkan oleh mutu kerja atau bahan yang digunakan tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan di dalam perjanjian jual beli ataupun piawaian pembinaan di Malaysia. Tempoh jaminan ini adalah 24 bulan (tertakluk kepada pemaju perumahan). Tempoh jaminan ini akan berjalan selepas kunci hartanah diserahkan kepada pemilik (Vacant Possession).

Rumah baru

4 Tips Berguna Semasa Pemeriksaan Kecacatan Rumah Baru

Masih ramai pembeli hartanah yang tidak tahu hak mereka apabila terdapat kecacatan pada rumah yang dibeli. Setelah menerima kunci, perkara utama yang perlu dijalankan oleh pemilik adalah melakukan pemeriksaan kecatatan. Kebanyakan pemilik rumah tidak mempunyai pengalaman, sukar untuk mengenalpasti dan memeriksa kecatatan hartanah baru mereka.

Jangan khuatir, anda boleh mendapatkan bantuan profesional yang berpengalaman dan berkelayakan serta diiktiraf dari Qlassic dalam proses pemeriksaan kecacatan rumah baru. Jika anda sendiri yang menjalankan pemeriksaan kecacatan, anda perlu menyediakan alat seperti pen, kertas, pen penanda, pita pelekat, pita pengukur, lampu suluh, baldi dan telefon bimbit.

4 Tips berguna kepada pembeli hartanah untuk memeriksa kecacatan rumah baru pada kategori berikut:

  • Dinding dan Siling
    • Pastikan permukaan dinding rata, tiada retak dan tidak  beralun 
    • Pastikan kemasan plaster adalah licin dan tidak kasar 
    • Pastikan tiada tanda tompokan air pada siling
    • Pastikan cat dinding kemas dan tidak bertompok-tompok
  • Jubin dan lantai
    • Pastikan jubin tiada retak atau pecah
    • Pastikan tiada bunyi kosong (hollow) di permukaan Jubin atau lantai yang di ketuk.
    • Pastikan tiada air bertakung atas permukaan lantai
  • Pintu dan Tingkap
    • Pastikan pintu dipasang dengan kemas. Tiada ruang antara pintu dan bingkai yang ketara. Cuba lakukan membuka dan menutup pintu dan tingkap berulang kali.
    • Pastikan tiada bunyi semasa membuka dan menutup pintu dan tingkap.
    • Pastikan tingkap dan pintu boleh dibuka dan dikunci dengan sempurna
    • Cuba buka dan tutup pintu gelongsor. Pastikan lancar dan tiada halangan. 
    • Pastikan bingkai pintu dan tingkap tiada kemek dan sempurna.
    • Pastikan juga kemasan tingkap seperti getah dipasang dengan sempurna.
  • Sistem Paip
    • Pastikan pili air berfungsi dan tiada kebocoran pada pili air.
    • Pastikan penyaliran air adalah lancar dan tidak tersumbat.
Rumah baru

Peringatan kepada pembeli hartanah. Sila pastikan kecacatan rumah baru anda siap dikendalikan oleh pemaju sebelum menjalankan kerja-kerja renovasi hartanah baru anda.

Sesetengah pemaju akan memberi anda Borang Pembetulan Kecacatan piawai untuk diisi dan akan menghendaki anda menyenaraikan kecacatan serta menyerahkannya kepada mereka. Sebagai pembeli rumah, anda bukan hanya menyenaraikan kecacatan pada sekeping kertas, anda juga perlu menandakan tempat kecatatan yang akan menjadikan kerja kontraktor lebih mudah dan cepat. 

Selepas Penyerahan Laporan Kecacatan Rumah Baru

Pemaju mempunyai masa 30 hari dari hari Laporan Kecacatan diserahkan untuk membuat kerja pembaikan yang diperlukan. Setelah kerja-kerja pindaan kecacatan selesai, pemaju akan menghubungi pemilik untuk pemeriksaan kedua.

Ulangi semua langkah seperti di atas dan sekiranya terdapat Laporan Kecacatan lebih lanjut, kemukakan laporan baru kepada pemaju sehingga semua kecacatan telah dibaikpulih sepenuhnya. Kita semua perlu bersikap wajar dengan memberi sedikit masa tambahan kepada pemaju untuk memperbaiki semua kecacatan dengan mengingatkan kepada diri kita bahawa kita bukan satu-satunya yang membuat laporan kecacatan.

Sekiranya tempoh masa membaiki kecatatan yang diperlukan berlebihan dalam kerja pembaikan dari pihak pemaju, pembeli harus meminta peguam untuk memberitahu kepada pemaju bahawa kerja-kerja pembaikan akan dilakukan oleh kontraktor pembeli dan pemaju akan bertanggung jawab atas kesemua caj yang dikenakan.

Aplikasi moden dan terkini

Cara-cara di atas merupakan cara traditional. Dengan adanya ProFix (Defect Management) di mana pemaju hartanah, kontraktor dan pembeli rumah berkomunikasi secara digital dengan menggunakan aplikasi dalam talian. Pembeli rumah hanya perlu menghantar gambar sebarang kecacatan pada hartanah mereka melalui aplikasi dalam talian.  Aplikasi ini sangat memudahkan laporan tanggungan kecacatan hartanah. 

Pengurusan Kecacatan Digital untuk rumah baru

Tranformasi Digital dan Tanggungan Kecacatan

Sepanjang tahun 2020, beberapa pemaju telah memutuskan untuk menjalankan keseluruhan proses penyerahan kepemilikan kosong dan penyerahan laporan kecacatan lebih lancar dengan menggunakan aplikasi digital, ProFix (Evolusi Digital Pengurusan Kecacatan Hartanah).

Aplikasi ini dilancarkan oleh ProSales untuk membantu kedua-dua pemaju dan pembeli menjalani Pengurusan Kecacatan Hartanah dengan menjaga hubungan yang baik untuk jangka masa panjang!

Dengan adanya aplikasi ini, keseluruhan proses menjadi lebih cepat dari segi laporan dan dikemaskini secara dalam talian mengenai tindakan lanjut dari semua kerja pembaikan. Ini dapat menjimatkan masa dan memendekkan pengurusan dokumen fail daripada pemilik rumah kepada pemaju. Ini juga dapat memendekkan pengurusan pembaikan kepada kontraktor mengikut kategori yang hendak dijalankan.

Sedemikian itu, pemaju dan kontraktor hanya perlu berkomunikasi dengan menggunakan aplikasi. Seterusnya dapat mengurangkan pembaziran masa penyerahan kecacatan rumah yang dihantar oleh pembeli rumah dan mempunyai lebihan masa untuk pembetulan kecacatan rumah.

Rumah baru

Dengan menggunakan aplikasi ini, pemilik dapat menghantar gambar kecacatan pada rumah dengan menggunakan telefon pintar dan mengemukakan dalam aplikasi ProFix. Setelah siap kerja pembaikan kontraktor akan dikemas kini dalam aplikasi dan pemaju akan membuat semakan sebelum aplikasi menghantar notis pemberitahuan kepada pemilik rumah dalam talian. 

Pada masa pandemik ini, adalah penting bagi pemilik baru menyampaikan laporan kecacatan kepada Pengurusan Kecacatan Hartanah dengan cara penjarakan sosial dan meminimumkan sebarang sentuhan atau berhubung.

Semoga lebih banyak pemaju hartanah menggunakan aplikasi yang selamat dan sangat berguna ini untuk proses penyerahan kunci rumah pada masa akan datang supaya menjadikan industri ini lebih selamat dan telus!

Jika anda adalah pemilik rumah, kongsikan dengan kami jika anda pernah mengalami isu pemeriksaan kecacatan rumah sebegini. Apakah isu dan tindakan anda serta hasilnya?

Kepada pemaju yang memerlukan bantuan untuk mengendalikan penyerahan kunci kepada pemilik rumah baru, kami juga ada menawarkan pasukan yang berpengalaman untuk menangani isu penyerahan rumah. VP Manager dapat membantu anda mengatasi segala kesulitan semasa penyerahan kunci kepada pemilik rumah.

Artikel ini hanyalah pendapat penulis sahaja. Tiada kaitan dengan mana-mana pihak.

About The Author

Rumah baru

Nurul Zawarni Binti Zaim

B.Eng (Civil) Certified Planning Engineer (CPE™)
Ketua pengurusan VP Manager

Nurul Zawarni Binti Zaim adalah perunding yang berpengalaman dalam pengurusan projek dan di tapak bina. Dia juga adalah seorang jurutera yang berpengalaman mengendalikan pengurusan di tapak bina dengan pelbagai projek yang melibatkan kerja pengubahsuaian dan sebagainya.

Cresta Help Chat
Send via WhatsApp